HomeBuletinPeningkatan kes Covid-19, sesi persekolahan bersemuka tetap diteruskan sehingga tamat penggal
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Peningkatan kes Covid-19, sesi persekolahan bersemuka tetap diteruskan sehingga tamat penggal

PENDANG – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan sesi persekolahan secara bersemuka sehingga tamat penggal pada hujung minggu ini walaupun berlaku peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan pelajar.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, peratus pelajar yang dijangkiti Covid-19 ketika ini masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan pelajar.

Menurutnya, kes aktif terkini yang direkodkan pada Sabtu adalah melebihi 200 kes daripada jumlah keseluruhan 4.5 juta pelajar.

BACA JUGA: Penularan kes COVID-19 di sekolah terkawal – Mohd Radzi

BACA JUGA: 139 positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, kini ditempatkan di PKRC, MAEPS

IKLAN

“Jadi kita perlu lihat bahawa dalam konteks kita bergerak ke fasa endemik, ini akan berlaku tetapi kita dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ada, kita cuba kawal supaya tidak berlaku lagi penularan lebih besar.

“Insya-ALLAH sesi persekolahan akan berterusan hingga akhir penggal ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Akademi Sains Pendang di Jalan Jenun di sini pada Ahad.

IKLAN

Mohd Radzi berkata, keperluan sesebuah sekolah itu perlu ditutup ataupun tidak, bergantung kepada penilaian risiko yang dibuat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

IKLAN

“Kalau ada cadangan penutupan daripada KKM, kita akan akur. Seperti dalam kes SSP (Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya), bila ramai pelajar terlibat dan guru dikuarantin, maka kapasiti sekolah itu sudah tidak ada, dan dalam konteks ini ramai jadi kontak rapat, maka KKM minta sekolah ini ditutup,” katanya.

Mengulas mengenai isu keciciran 21,316 pelajar sejak Mac 2020, Mohd Radzi berkata, masalah berkenaan dapat diatasi melalui sesi persekolahan secara bersemuka.

“Sebab itu, walau ramai kata sekolah jangan dibuka dulu, tetapi kita sudah bincang bahawa amat penting sekolah dibuka supaya kita dapat meneliti apa intervensi perlu dilaksanakan supaya pelajar rapat dengan sistem persekolahan,” katanya

 Sumber: Sinar Harian

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA