Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinPengoperasian Sekolah 2021 dilanjutkan, ini kata Dr Mohd Radzi secara terperinci!
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pengoperasian Sekolah 2021 dilanjutkan, ini kata Dr Mohd Radzi secara terperinci!

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan untuk tahun ini dilanjutkan hingga Februari 2022.

Demikian kata Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi Sidang Media Pengoperasian Sekolah, pada Ahad.

Dr Mohd Radzi berkata, semua murid 2021 akan kekal pada tahun persekolahan masing-masing pada bulan Januari dan Februari 2022.

“Ini bermakna, pada Mac 2022, barulah murid-murid dan pelajar akan ‘naik’ ke Darjah dan Tingkatan seterusnya.

“Dan pelanjutan sesi persekolahan ini bertujuan memastikan tiada keciciran dalam pelajar lemah dan mengukuhkan pencapaian murid yang cemerlang,” ujarnya.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Untuk lebih lanjut, berikut intipati Dr Mohd Radzi yang diumumkan semalam.

IKLAN

1) Sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober.

2) Kehadiran murid ke sekolah adalah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.

3) Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara PDP bersemuka dan PdPR, yang bergilir setiap minggu.

4) Murid Berkeperluan Khas (MBK), asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, Sekolah Kurang Murid antara tidak terlibat penggiliran kelas.

5) Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa 3 PPN hadir tanpa penggiliran.

IKLAN

6) Fasa 1 PPN: Sekolah tidak dibuka, murid akan meneruskan PdPR.

Baca juga Cikgu Salbiah kongsi 10 pesan abah yang sangat menyentuh hati. Tak sangka, arwah disayangi ramai kerana ‘perkara ini’. Warganet sebak!

Baca juga Inspirasi buat para pelajar, 6 syarikat yang terkenal ini bermula dari garaj

7) Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.

IKLAN

8) Pelanjutan sesi persekolahan bertujuan pastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan.

9) Murid Tahun Satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022.

10) Ibu bapa diminta beri perhatian terhadap status vaksinasi pemandu bas sekolah persendirian.

11) Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan di sekolah.

GPSBestari kongsikan Slide Pengoperasian Sekolah untuk rujukan semua.

https://www.moe.gov.my/muat-turun/covid-19-1/pengumuman/4606-slide-pengoperasian-sekolah/file

Artikel Berkaitan

MESTI BACA