HomeBuletinPelajar UniMAP raih naib johan Cabaran Niaga Francais 2021
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar UniMAP raih naib johan Cabaran Niaga Francais 2021

PUTRAJAYA – Inisiatif pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menubuhkan syarikat penghantaran bagi memudahkan urusan mahasiswa yang menginap di kolej kediaman berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Cabaran Niaga Francais 2021.

Syarikat yang diberi nama Doorstep Delivery itu diasaskan pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Chin Kuang Yong dan Mimi Norasma Mohd Amin serta Aiswariyaah Rajakumar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN).

Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 serta geran francais bernilai RM10,000.

Kuang Yong berkata, mereka menubuhkan Doorstep Delivery pada 2019 dan memulakan operasinya pada Ogos 2020 ketika pandemik Covid-19 dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan keperluan pelajar di UniMAP.

IKLAN

“Kami menyasarkan pelajar yang menginap di kolej-kolej kediaman UniMAP yang tidak mempunyai masa untuk keluar membeli makanan di kafe dan masalah ini dilihat sebagai satu peluang perniagaan kepada kami.

Kuang Yong (kanan) bersama Prof Zaliman ketika majlis penyampaian hadiah program Cabaran Niaga Francais 2021.

“Ternyata inisiatif berkenaan mendapat sambutan dalam kalangan rakan-rakan pelajar dengan caj yang dikenakan sangat berpatutan iaitu minimum RM2 mengikut jarak,” katanya dalam satu kenyataan selepas menerima anugerah hasil daripada kejayaan itu di Malaysia Francais Awards 2021 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA), baru-baru ini.

IKLAN

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Presiden MFA, Datuk Dr Radzali Hassan.

Tambah Kuang Yong, bertepatan dengan konsep universiti iaitu UniMAP Juara Perpaduan, dia memilih untuk bersama-sama rakan berbilang kaum bagi menjayakan Doorstep Delivery berkenaan.

IKLAN

Ujarnya, Doorstep Delivery memerlukan komitmen daripada rakan-rakan pelajar yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan di kampus tetapi memandangkan hampir semua pelajar pulang ke kampung akibat pandemik, operasi syarikat agak terjejas.

“Oleh itu, dengan dana yang diperolehi ini, saya dan pasukan akan menggerakkan semula Doorstep Delivery dengan lebih sistematik di samping membantu rakan-rakan menjana pendapatan apabila mereka menjadi penghantar makanan di dalam syarikat kami,” jelasnya.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr Zaliman Sauli, berkata UniMAP berbangga dengan kejayaan kumpulan pelajar itu yang bukan sahaja dapat memudahkan urusan seharian pelajar lain malah mampu memberi peluang mereka menjana pendapatan.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan di atas inisiatif mereka menjalankan perniagaan berkonsepkan perkhidmatan penghantaran dan berharap geran yang diperolehi dapat membantu mengembangkan lagi perkhidmatan mereka, ” kata beliau.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA