Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinPelajar undang-undang UM harumkan nama Malaysia di pentas dunia
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar undang-undang UM harumkan nama Malaysia di pentas dunia

KUALA LUMPUR – Tiga pelajar Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) telah mengharumkan nama negara apabila meraih anugerah Penulisan Esei Perundangan Terbaik di Persidangan Pertukaran Undang-Undang Belia Antarabangsa 2021 di Hong Kong.

Pembentangan Lim San Shien, Geoffrey Mosiol dan Jowena John mengenai keunikan dua sistem perundangan Malaysia iaitu Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah, telah menewaskan peserta lain dari 11 negara dan kemenangan mereka telah diumumkan pada 24 September lalu oleh pihak penganjur.

Lim memberitahu Bernama antara negara yang mengambil bahagian dalam persidangan anjuran Jabatan Keadilan Kerajaan Hong Kong dan Persekutuan Pertukaran Perundangan Belia Antarabangsa itu ialah Singapura, China, Indonesia, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Macau, Hong Kong, Kemboja dan Mongolia.

Menurutnya, pasukan Malaysia telah membentangkan esei tersebut secara dalam talian pada 11 September lalu, memfokuskan pada sistem dua perundangan negara ini seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

IKLAN

“Kami menekankan bahawa Malaysia mempunyai kepelbagaian sejarah dan budaya, yang membolehkan dua sistem perundangan dilaksanakan pada masa yang sama secara harmoni, iaitu Common law dan Undang-Undang Syariah, bagi memastikan akses yang saksama untuk semua rakyat negara ini kepada keadilan,” kata Lim.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Atas usaha itu, mereka akan ditaja untuk lawatan ke Hong Kong bagi menyertai Minggu Perundangan Hong Kong 2022.

IKLAN

“Saya sangat teruja untuk melawat Hong Kong untuk bertukar-tukar pandangan, mempelajari tentang kepelbagaian budaya masyarakat dunia dan bidang kuasa perundangan mereka,” kata Lim, pelajar undang-undang tahun tiga dan pengasas Persatuan Pemimpin Muda UM (UM Young Leaders).

Bertemakan Akses kepada Keadilan: Kunci kepada Masyarakat Inklusif dan Pembangunan Mampan (Access to Justice: The Key to Inclusive Society and Sustainable Development), persidangan itu menyediakan platform ‘merentas bidang kuasa’ kepada para belia untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mereka tentang sistem perundangan dan dalam meningkatkan akses kepada keadilan dalam bidang kuasa masing-masing.

IKLAN

Lim berkata, pasukan Malaysia turut mengetengahkan cadangan-cadangan kreatif dan mantap untuk sistem perundangan mencapai dan merealisasikan Matlamat 16 dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 iaitu keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh, dalam usaha mempromosi masyarakat yang aman dan inklusif, agar semua rakyat dapat memajukan diri.

“Keperluan untuk memastikan akses yang sama rata kepada keadilan bagi semua warganegara, memartabatkan konsep ketuanan perlembagaan dan mempercepat pembangunan mampan negara kita, dengan disokong oleh kedaulatan undang-undang, adalah sangat penting, supaya negara kita dapat menjadi contoh kepada dunia dalam merealisasikan SDG,” katanya.

Beliau turut berharap agar perbincangan dan persidangan seumpama itu akan membawa kepada perkembangan positif, dengan semua negara membangunkan masyarakat yang mendaulatkan undang-undang, keamanan dan keharmonian, secara bersama di seluruh dunia, demi manfaat sejagat. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

MESTI BACA