HomeBuletinPelajar UIAM dan City University menang pertandingan Asia Young Designer Awards Ke-14,...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar UIAM dan City University menang pertandingan Asia Young Designer Awards Ke-14, bakal wakili negara ke peringkat antarabangsa

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Afzal Hasmi dan Amirah Afiqah Abdullah dari City University Malaysia muncul sebagai pemenang emas Anugerah Asia Young Designer Awards 2021 (AYDA) ke-14, yang diadakan baru-baru ini.

Muhammad Afzal dipilih sebagai pemenang emas bagi kategori Seni Bina (Architectural) dengan projeknya yang bertajuk Pusat Komuniti Sejahtera manakala Amirah Afiqah untuk kategori Reka Bentuk Dalaman (Interior Design) dengan projeknya yang bertajuk Bakau.

Rekaan seni bina yang dihasilkan Muhammad Afzal mempunyai kemudahan yang inovatif dan bertujuan memperkasakan keusahawanan tempatan agar rezeki mata pencarian serta keperluan sosial rakyat dapat dikekalkan dalam ‘norma baharu’ demi mencapai komuniti sosio ekonomi yang harmoni dan berdaya tahan.

Amirah Afiqah pula mengetengahkan rekaan yang membangunkan hab pertanian dengan pelbagai aktiviti harian seperti komersial, sosial, pendidikan dan pusat pemeliharaan agar manusia dapat hidup dalam persekitaran ekosistem hutan paya bakau yang mampan.

Kemenangan itu membolehkan mereka mewakili Malaysia ke pusingan akhir di peringkat antarabangsa dan bersaing dengan barisan pemenang emas dari 16 buah negara yang lain.

Rekaan yang dihasilkan Muhammad Afzal.

Pemenang hadiah utama untuk kedua-dua kategori tersebut berpeluang menghadiri program Design Discovery selama enam minggu bertempat di Universiti Harvard Graduate School of Design, Boston, Amerika Syarikat, pada tahun ini membabitkan kos bernilai USD10,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh penganjur.

Anugerah AYDA 2021 dianjurkan oleh Nippon Paint Malaysia bersama rakan kerjasama IJM Land Berhad.

Sebanyak 1,276 penyertaan diterima membabitkan kedua-dua kategori iaitu Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman pada tahun ini.

IKLAN

AYDA 2021 yang bertemakan FORWARD: Amplifying Empathy Through Design bertujuan mencabar generasi pereka muda untuk melangkaui batasan reka bentuk di luar ruang satu dimensi sekali gus menilai permintaan pelanggan yang kian berubah menurut zaman, di samping mengambil kira kemampanan dan penjagaan alam sekitar.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Yaw Seng Heng, pereka seni bina dan reka bentuk dalaman bukan sahaja perlu meningkatkan nilai komersial rekaan mereka tetapi juga memelihara alam semula jadi dan memahami emosi manusia.

“Pemenang berjaya menyampaikan objektif tema di dalam rekaan mereka dengan penyelesaian reka bentuk yang memmpunyai kesedaran dan merangkumi kemampanan serta mengambil kira faktor sosial dan emosi. Tahniah kepada semua pemenang-pemenang tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Datuk Edward Chong berkata, reka bentuk pemenang anugerah ini penuh dengan pembaharuan.

“Kami percaya kerjasama syarikat dengan AYDA dapat terus menggalakkan pelajar Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman untuk cemerlang dan memperkasakan kebolehan mereka sebagai pemangkin yang boleh mempengaruhi persekitaran masa depan.

IKLAN

“Sudah lapan tahun kami bekerjasama dengan AYDA. Ia adalah satu perjalanan yang sungguh hebat dan kami berharap dapat terus menjalinkan kerjasama ini,” ujarnya.

Tahun ini adalah tahun kedua pertandingan AYDA dikendalikan secara maya oleh kerana kekangan pandemik Covid-19.

Bagi menambahkan pengalaman yang unik kepada para peserta AYDA, Nippon Paint Malaysia telah mengambil inisiatif menyediakan beberapa sesi interaksi dan bimbingan secara digital dan maya demi memastikan peserta dapat berinteraksi dengan mentor dan jurulatih industri.

Para peserta juga dapat menimba ilmu dalam industri dan didedahkan kepada pelbagai bengkel dalam talian yang dikendalikan oleh pensyarah yang berpengalaman serta pakar profesional industri melalui sesi CAKAPLAH!.

Rekaan yang dihasilkan Amirah Afiqah.

IKLAN

Dalam pada itu, Ketua Hakim kategori Seni Bina, Ar Sarly Adre Sarkum berkata, para peserta telah mencabar diri mereka dengan menghasilkan rekaan yang bukan saja menarik tetapi juga berkesan.

“Reka bentuk mereka telah melonjak sempadan inovasi dan menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah pada hari ini,” jelasnya.

AYDA telah berkembang pesat beberapa tahun ini hasil daripada pertandingan yang bermula di Malaysia dan kini membina sebuah komuniti global pereka yang merentasi 16 lokasi geografi di rantau Asia.

Ia telah banyak memberi impak kepada ribuan pelajar muda Seni Bina dan Reka Bentuk Dalaman yang berbakat.

Justeru itu, AYDA memberi pelbagai peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dengan penceramah terkenal dan tokoh industri reka bentuk sepanjang pertandingan dilangsungkan.

AYDA dilancarkan pada 2008 sebagai salah satu visi Nippon Paint untuk memupuk bakat generasi masa depan dalam reka bentuk dalaman dan landskap seni bina.

Ia memberi tumpuan untuk memperkasakan dan melatih arkitek dan pereka reka bentuk dalaman di Asia dengan matlamat untuk menjadi penyokong aktif untuk memupuk bakat pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA