HomeBuletinPelajar tingkatan 3 yang hilang ketika cuba selamatkan rakan ditemukan lemas
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Pelajar tingkatan 3 yang hilang ketika cuba selamatkan rakan ditemukan lemas

KANOWIT – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit yang hilang dibawa arus deras Sungai Kanowit ketika cuba menyelamatkan tiga rakan sekampungnya Ahad lalu, ditemukan lemas semalam.

Mayat Carlos Paee, 15, dijumpai terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dekat Nanga Engkeriring, 15 kilometer dari lokasi kejadian, kira-kira jam 8.10 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik berkata, mayat pelajar itu dibawa ke jeti Rumah Tony dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

IKLAN

“Ibu bapa mangsa yang membuat pengecaman mengesahkan mayat itu adalah anak mereka,” katanya.

Mangsa merupakan anggota Kadet Bomba Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit.

IKLAN

Dalam kejadian di Bukung Jagoi kira-kira jam 1.47 tengah Ahad lalu, Carlos bersama rakannya, David Lee Jilan terjun ke sungai dan berenang ke arah perahu dinaiki tiga rakannya.

IKLAN

Arus sungai yang deras menyebabkan Carlos lemas.

Bagaimanapun, David berjaya berenang ke tebing sungai. – Bernama

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA