HomeBuletinNUTP bantah saringan COVID-19 di sekolah, cadang uji di rumah
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

NUTP bantah saringan COVID-19 di sekolah, cadang uji di rumah

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu.

Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata kesatuan sebaliknya mencadangkan agar ujian saringan COVID-19 kepada murid itu dijalankan sendiri oleh ibu bapa di rumah.

Beliau berkata ia berikutan pihaknya menerima rungutan daripada para guru yang memaklumkan bahawa tindakan itu amat berbahaya dan mendatangkan risiko tinggi kepada mereka.

“Ini kerana guru tidak diberi sebarang perlindungan seperti peralatan perlindungan diri (PPE), sarung tangan, pelindung muka dan sebagainya, manakala murid pula tidak mampu untuk menjalankan sendiri ujian tersebut,” katanya.

IKLAN

Menjelaskan lebih lanjut Wang berkata sehari sebelum ujian, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada ibu bapa murid yang terpilih untuk menjalankan ujian saringan di rumah dan dibekalkan kit ujian kendiri.

Katanya ibu bapa kemudian mengemukakan keputusan ujian dengan memuat naik gambar berkenaan kepada guru kelas masing-masing.

“Jika keputusan adalah negatif, murid boleh hadir ke sekolah pada hari tersebut, tetapi jika sebaliknya murid perlu dikuarantin di rumah,” katanya.

IKLAN

Menurut Wang cara ini dapat mengelakkan berlakunya penularan jangkitan kepada guru dan warga sekolah sehingga sekolah perlu ditutup jika ada murid yang positif COVID-19.

Beliau berkata NUTP amat berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat mengubah prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan dan kesihatan murid, guru serta warga sekolah lain.

IKLAN

Terdahulu, KPM menerusi kenyataan pada 27 Nov lepas menetapkan pelaksanaan 10 peratus sampel saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, selaras Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut KPM pelaksanaan saringan bergilir untuk murid itu perlu dilaksanakan setiap Rabu, pada hari persekolahan.

KPM juga membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan ini dapat dilaksanakan mengikut tatacara pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA