Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinMQA teruskan CSR bantu petugas barisan hadapan
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

MQA teruskan CSR bantu petugas barisan hadapan

SEPANG – Bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan Covid-19, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan mengadakan kunjungan dan serahan sumbangan kepada anggota Balai Bomba & Penyelamat Cyberjaya, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata inisiatif itu ialah simbolik terima kasih warga MQA terhadap jasa anggota bomba yang sangat besar dalam menangani penularan pandemik Covid-19 khususnya bagi komuniti di sekitar Cyberjaya.

Menurut beliau, barisan hadapan ialah golongan yang paling terdedah kepada risiko wabak Covid-19, namun tetap cekal bertugas dalam usaha memutuskan rantaian virus berkenaan.

“Aktiviti CSR ini ialah tanda penghargaan warga MQA kepada petugas barisan hadapan yang secara langsung berjuang dan berkhidmat dengan begitu baik sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan bermula Mac tahun lalu.

“Selain itu, diharapkan menerusi aktiviti CSR ini akan mampu menyebarluaskan lagi maklumat mengenai peranan dan fungsi MQA dalam kalangan masyarakat,” kata beliau.

IKLAN

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan pek dan baucar makanan kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Mohd Shafizol Mohamad Nor yang mewakili 55 anggota balai bomba berkenaan.

IKLAN

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Halinordina Mat Saat; Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Awang Omar dan Ketua Unit Hal Ehwal Awam & Antarabangsa (MQA International), Muhammad Hasfarizal Kamaludin.

Mengulas mengenai CSR itu, Mohd Shafizol berkata, pihaknya berbesar hati kerana ada agensi kerajaan yang menghargai jasa serta pengorbanan anggota bomba dan penyelamat yang bertungkus-lumus berusaha untuk memutuskan jangkitan Covid-19.

IKLAN

Beliau berkata, aktiviti CSR itu akan mengeratkan lagi hubungan antara agensi kerajaan terutama di sekitar Cyberjaya seterusnya membolehkan kedua-dua pihak untuk merancang aktiviti bersama pada masa akan datang.

“Sejak pandemik Covid-19, selain tugasan rutin, kami turut membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam aktiviti sanitasi bangunan kerajaan dan badan berkanun serta berkhidmat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Selain itu, Unit Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS) turut membantu pihak polis dalam pengurusan mayat yang terlebih dulu perlu dipastikan sama ada positif Covid-19 atau sebaliknya sebelum dihantar ke hospital untuk urusan seterusnya,” katanya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA