HomeBuletinMQA teruskan aktviti CSR bersama asnaf, maahad tahfiz
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

MQA teruskan aktviti CSR bersama asnaf, maahad tahfiz

SEMENYIH – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menerusi pemberian sumbangan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Lil-Mutaqqin dan Masjid Kariah Kampung Pasir Baru, di sini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Halinordina Mat Saat, berkata inisiatif itu bertujuan menyuntik kesedaran dalam kalangan warga MQA sendiri terutama bagi membantu komuniti yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan yang menjaga jaminan kualiti pengajian tinggi negara, MQA turut peka dengan masyarakat terutama dalam usaha memerangi penularan pandemik Covid-19.

“Kualiti perlu dilihat dalam segenap aspek bukan sahaja terhadap pendidikan tetapi juga dalam kehidupan.

“Melalui persekitaran yang sihat dan harmoni, kualiti kehidupan akan lebih baik sekali gus memberi impak kepada pembangunan masyarakat,” katanya.

IKLAN

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan baucar makanan dan kit kebersihan kepada wakil pusat tahfiz berkenaan yang mempunyai 35 pelajar serta wakil 60 keluarga asnaf di bawah kariah Masjid Kariah Kampung Pasir Baru, hari ini.

Turur hadir, Pengerusi Persatuan Belia Masjid Selangor, Mohd Aliff Mohd Razuki; Ketua Unit Hal Ehwal Awam & Antarabangsa (MQA International), Muhammad Hasfarizal Kamaludin; Nazir Masjid Kariah Kampung Pasir Baru, Mazlan Yusop dan Timbalannya, Hamzah Mohd Shapi.

IKLAN

Mengulas mengenai aktiviti CSR terbabit, Mohd Aliff berkata, inisiatif yang dijalankan MQA itu perlu dicontohi organisasi korporat dan syarikat lain terutama dalam menyantuni masjid di kawasan pedalaman.

Katanya, selepas pandemik Covid-19 melanda, kutipan dana di masjid berkurangan lebih-lebih lagi yang berada di kawasan luar bandar serta pedalaman kerana majoritinya masih mengharapkan sumbangan secara fizikal.

“Keadaan ini memberi kesan kepada masjid dan surau, namun hal ini tidak berlaku di bandar besar yang kebanyakan masjid serta suraunya mempunyai sistem dalam talian untuk tujuan sumbangan daripada kariah,” katanya.

IKLAN

Nazir Masjid Kariah Kampung Pasir Baru, Mazlan Yusop.

Sementara itu, Mazlan berkata, pihaknya amat bersyukur dengan sumbangan kepada keluarga asnaf yang diberikan MQA kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan itu.

“Ini ialah bantuan pertama yang kariah masjid terima daripada pihak luar selepas berlakunya Covid-19 dan diharap usaha terpuji ini dapat diikuti badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak lain.

“Dalam keadaan kariah yang kebanyakannya warga emas dan anak tidak dapat bekerja ekoran banyak sektor yang ditutup, bantuan ini amat bermakna buat penerimanya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA