HomeBuletinKTJ mendapat tempat di Oxbridge
165,220FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

KTJ mendapat tempat di Oxbridge

MANTIN – Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ) tersenarai dalam kelompok 20 buah sekolah bertaraf antarabangsa di seluruh dunia berikutan memperoleh tawaran Oxbridge yang tertinggi sejak tiga tahun lepas.

Antara semua kolej Oxbridge, pelajar-pelajar dari KTJ memperoleh kejayaan besar dalam permohonan mendapatkan tempat di Kolej Newnham, Cambridge sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Pengetuanya, Dr Glenn Moodie, pihaknya berasa bangga kerana tersenarai antara sekolah bertaraf antarabangsa yang berprestij.

Tambah beliau, apa pun aspirasi pelajarnya, matlamat utama KTJ adalah memastikan mereka mendapat tawaran dari universiti yang membanggakan.

IKLAN

Selama 30 tahun yang terakhir, KTJ telah mengibarkan bendera untuk pendidikan holistik dengan memberi penekanan kepada perkembangan pelajarnya supaya menjadi pemimpin global yang bertanggungjawab.

IKLAN

“Kami pastinya berbangga dengan tawaran yang diterima pelajar setiap tahun dari universiti bertaraf tinggi di United Kingdom, Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

IKLAN

“Kakitangan kami turut meluangkan masa dan tenaga dalam membimbing serta menyokong pelajar membuat pilihan universiti yang sesuai untuk mereka,” katanya.

Berdasarkan kedudukan dalam kalangan sekolah antarabangsa, sekolah awam dan sekolah swasta, KTJ berada di kedudukan ke-8 tertinggi dalam kejayaan mendapatkan tawaran dari Kolej Newnham yang ditubuhkan pada tahun 1871.

Kolej Tuanku Ja’afar yang ditubuhkan pada 1991 secara berterusan mengungguli kualiti pendidikan yang tinggi dan holistik seterusnya memberi keutamaan kepada pembentukan pemimpin global yang beriltizam.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA