Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinKPM sedia pelan komprehensif pastikan keselamatan murid
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

KPM sedia pelan komprehensif pastikan keselamatan murid

KUALA LUMPUR – Sebuah pelan komprehensif pembukaan semula sekolah telah dirangka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) demi memastikan semua murid dapat kembali belajar secara bersemuka di sekolah dalam keadaan selamat.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM menetapkan supaya kapasiti murid di sekolah dihadkan pada kadar 50 peratus enrolmen keseluruhan.

“Bagi tujuan tersebut, kaedah yang digunakan adalah dengan menghadkan kapasiti murid di dalam kelas kepada 50 peratus daripada jumlah murid dalam kelas tersebut.

IKLAN

“Justeru, sistem penggiliran murid hadir ke sekolah mengikut minggu akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang meminta penjelasan mengenai pelaksanaan pembukaan sekolah secara penggiliran.

IKLAN

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, kaedah penggiliran ini membolehkan penjarakan fizikal dalam kelas yang lebih baik dan memudahkan guru memantau murid.

IKLAN

“Ini juga bagi mengurangkan kesesakan sewaktu pergerakan masuk dan penyuraian di sekolah,” jelasnya.

Katanya, bagi kelas yang melaksanakan penggiliran, murid di dalam kelas tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA