Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinKMB berjaya menandingi skor purata dunia dengan kejayaan 146 orang pelajar
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

KMB berjaya menandingi skor purata dunia dengan kejayaan 146 orang pelajar

KUALA LUMPUR – Seramai 146 orang pelajar Kolej MARA Banting (KMB) berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan International Baccalaureate (IB) yang diadakan baru-baru ini.

Tahun ini, seramai 141 orang pelajar atau 96.6 peratus telah mendapat keputusan melebihi 35 mata, manakala peratusan pelajar yang mendapat 40 mata ke atas adalah 52.05 peratus.

Pencapaian kali ini dilihat menandingi keputusan tahun lalu di mana KMB mencatat sebanyak 38 mata dengan peratusan pelajar yang mendapat 35 mata ke atas adalah seramai 86.6 peratus.

Kecemerlangan pelajar-pelajar ini telah memberi satu kejutan yang luar biasa apabila KMB telah merekodkan pencapaian 40 mata dalam peperiksaaan IB tahun ini di mana keputusan ini adalah lebih tinggi berbanding purata pencapaian peringkat dunia iaitu sebanyak 33.02 mata.

IKLAN

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun, kecemerlangan yang diraih kali ini membuktikan kepada negara bahawa KMB merupakan salah satu kolej IB terbaik di peringkat global bukan hanya dengan keputusan 100 peratus lulus, tetapi KMB juga telah berjaya menandingi skor purata dunia.

Katanya lagi, kedudukan KMB sebagai kolej persediaan pra-universiti sejak 1992 telah mendapat pengiktirafan IB World School pada 2003 dan ini kerana KMB telah memenuhi satu penilaian yang dikenali sebagai akreditasi International Baccalaureate Organization (IBO).

IKLAN

“Lebih membanggakan apabila sejak dahulu lagi, KMB telah melahirkan seramai 10,093 graduan Diploma IB yang majoritinya telah berjaya menyambung pengajian ke universiti-universiti terkemuka dunia.

“Siapa sangka dengan kecemerlangan dalam peperiksaan IB tahun lalu, seramai 74 orang pelajar KMB telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang berada di kedudukan 50 terbaik dunia dan MARA berharap dengan keputusan yang cukup hebat pada tahun ini, lebih ramai lagi produk KMB diterima masuk ke institusi terbaik dunia seiring dengan matlamat MARA dalam memastikan ramai pelajar negara ini mendapat akses ke bidang dan universiti yang diimpikan,” ujarnya.

IKLAN

Di sebalik kejayaan KMB tahun ini, terdapat dua pelajar iaitu Amanda Lidis dan Ahmad Syamim Arsyad telah berjaya mendapat keputusan mata penuh IB iaitu 45 mata, manakala seramai lima orang pelajar lagi mencatatkan 44 mata dan 10 orang pelajar mendapat 43 mata.

Berhubung kecemerlangan yang diperolehinya itu, Amanda Lidis, gadis cantik dari Telupid, Sabah ini memasang hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran veterinar manakala Ahmad Syamim yang merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Taiping, Perak, bakal melanjutkan pelajarannya dalam bidang Mathematics, Operational Research, Statistics and Economics (MORSE).

Bagaimanapun, hampir kesemua pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan IB baru-baru ini, telah berjaya mendapat tawaran pinjaman pelajaran MARA ke luar negara melalui Young Talent Programme (YTP).

Artikel Berkaitan

MESTI BACA