HomeBuletinKeputusan SPM 2020 diumum pada 10 Jun 2021
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Keputusan SPM 2020 diumum pada 10 Jun 2021

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis) mulai jam 10 pagi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan KPM hari ini, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui beberapa kaedah.

Katanya, kaedah pertama adalah secara dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Pelajar juga boleh membuat semakan menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

IKLAN

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga 6 petang pada 17 Jun 2021,” katanya.

Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 mencipta sejarah tersendiri apabila peperiksaan itu yang diadakan pada November setiap tahun, terpaksa ditangguh kepada Januari 2021 sebelum dianjak sekali lagi kepada Februari 2021 berikutan penularan pandemik Covid-19.

IKLAN

Kumpulan pelajar Tingkatan Lima terbabit juga mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan, namun pembelajaran bersemuka paling singkat, hanya sekitar empat bulan, semuanya gara-gara penularan pandemik Covid-19.

Mereka juga terpaksa menduduki peperiksaan itu tanpa berpeluang menguji kemampuan diri dalam pelbagai mata pelajaran menerusi peperiksaan percubaan seperti kelaziman.

IKLAN

Calon-calon SPM ini serta mereka yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menduduki peperiksaan berkenaan di 3,310 pusat peperiksaan dalam persekitaran normal baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA