HomeBuletinKeputusan guru tolak vaksin beri kesan PdP di sekolah
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Keputusan guru tolak vaksin beri kesan PdP di sekolah

KUALA PILAH – Proses pembelajaran, pengajaran dan pengurusan di sekolah dijangka bakal terkesan dengan keputusan sebilangan guru yang enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 ketika ini.

Perkara tersebut diakui oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Kurshiah, Kuala Pilah pada Isnin lalu.

“Bagaimanapun jumlah itu adalah terlalu kecil iaitu kira-kira 2,000 orang berbanding bilangan keseluruhan guru di seluruh negara yang berjumlah 415,000 orang ketika ini.

IKLAN

“Ada guru yang tidak mahu divaksin ini mengajar satu subjek yang sama untuk setiap kelas di sekolah tersebut, jika beliau tidak mahu divaksin, bagaimana pelajar mahu belajar kerana sekolah itu tiada guru yang mengajar subjek berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, dengan mengambil kira jumlah guru dan sekolah, isu guru yang belum bersedia divaksin tersebut tidak menyeluruh, namun kesannya tetap ada kepada pengurusan dan pengajaran di sekolah.

IKLAN

“Sebab itu, sebelum ini kita maklumkan bahawa guru yang tidak mahu divaksin kalau perlu ditukarkan, kita tukarkan, ini bukan soal mengugut atau sebagainya, ini soal pentadbiran.

“Perkara ini selaras dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini yang memaklumkan semua kakitangan awam termasuk guru perlu mengambil vaksin sebelum 1 November ini,” ujar beliau lagi.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Mohd Radzi berkata, cadangan bagi menukar permulaan sesi persekolahan dari Januari kepada Mac, dengan menjadikan sesi tahun hadapan sebagai panduan dibuat secara berhati-hati selain memastikan ia memberikan impak yang optimum kepada semua pihak.

Jelasnya, ketika ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih meneliti secara terperinci cadangan keperluan tersebut selain turut mengambil kira hasil libat urus bersama pihak berkepentingan seperti ibu bapa dan guru yang memberi maklum balas positif termasuk dalam hal pengurusan peperiksaan dan mengelakkan musim tengkujuh di beberapa negeri.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA