Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinKelas KAFA tetap akan berjalan secara PdPR
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Kelas KAFA tetap akan berjalan secara PdPR

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan terus menjadi kaedah utama pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi Tahun Satu hingga Enam di seluruh negara sehingga takwim persekolahan 2021 berakhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari.

“Kemenjadian murid-murid di dalam pendidikan mampu dinilai melalui pelbagai kaedah.

IKLAN

“Justeru, bagi tujuan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memaklumkan kaedah serta tarikh pelaksanaan bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.

“Pelaksanaan UPKK secara penilaian ini tidak akan menjejaskan mutu terhadap tahap penguasaan murid dan peluang untuk ke sekolah menengah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Jakim pada Khamis.

IKLAN

Dalam pada itu, Idris berkata, guru KAFA dan murid hendaklah terus membuat persediaan rapi bagi menghadapi proses selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh Jakim nanti.

Tambahnya, ibu bapa juga diminta untuk memastikan anak-anak mengikuti aktiviti pendidikan KAFA secara PdPR.

IKLAN

“Jakim sentiasa komited untuk memastikan pendidikan KAFA bergerak seiring demi memastikan kemenjadian murid,” ujarnya.

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk calon tahun 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan serentak pada 15 hingga 18 November digantikan dengan pelaksanaan berbentuk penilaian sepenuhnya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA