HomeBuletinKebaikan LMS dalam pengajaran dan pembelajaran guru
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Kebaikan LMS dalam pengajaran dan pembelajaran guru

Kebaikan LMS dalam pengajaran dan pembelajaran guru

Dalam tempoh pandemik Covid-19, guru-guru mengimplementasikan penggunaan teknologi dalam sesi PdPr.

Walau  bagaimanapun, tugasan yang diberikan secaraberasingan melalui  aplikasi komunikasi seperti  Whatapps yang  bersifat scroll up menyukarkan murid-murid untuk melengkapkan tugasan.

Seharusnya, tugasan-tugasan tersebut dihimpunkan dalam sebuah platform yang membolehkan guru mentadbir isi kandungan pengajaran dan mudah diakses oleh murid.

Oleh yang demikian, penggunaan sistem pengurusan pembelajaran atau learning management system (LMS) adalah wajar dilaksanakan secara online atau offline.

LMS berkaitan dengan pembelajaran teradun yang merupakan halaman berasaskan web yang mempunyai pelbagai jenis aplikasi pendidikan bagi menyokong sesi PdP.

Antara aplikasi pendidikan yang disediakan adalah ruang perbincangan, fail-fail mata pelajaran serta penilaian dan pentaksiran.

Penggunaan LMS

LMS diperkenalkan kali pertama pada tahun 1995 yang dikenali sebagai Blackboard LMS.

Penggunaan LMS dalam bidang pendidikan mampu menyediakan persekitaran pembelajaran berpusatkan murid dan mempunyai kebaikan tersendiri dalam membudayakan pembelajaran digital.

Melalui penggunaan LMS dalam sesi PdP, guru berupaya untuk menyampaikan arahan tugasan dengan sokongan aplikasi pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan murid.

Sebagaimana yang kita tahu, murid-murid mempunyai gaya pembelajaran tertentu dalam menerima input pembelajaran daripada guru.

Kepelbagaian gaya pembelajaran menyebabkan guru perlu mengambil masa yang panjang dalam menyediakan arahan tugasan untuk kumpulan tertentu mengikut gaya pembelajaran murid.

Perkara ini boleh diatasi dengan penggunaan pelbagai elemen multimedia dalam LMS seperti rakaman audio, video dan interaktiviti yang boleh ditadbir oleh guru.

Guru-guru perlu memahami fungsi-fungsi dan keperluan aplikasi pendidikan tersebut sebelum digunakan dalam sesi PdP mengikut kepada keperluan murid-murid yang diajar.

Guru perlu bijak untuk merancang strategi dan menyusun aktiviti yang mengandungi penggunaan aplikasi pendidikan yang sejajar dengan murid.

IKLAN

Pelaksanaan PdP

Perancangan yang teliti membolehkan berlakunya komunikasi antara guru, murid dan bahan pembelajaran yang lebih berkesan.   

Pelaksanaan PdP harus dilengkapkan dengan aktiviti penilaian dan pentaksir mengikut kepada model penjajaran konstruktif secara bersemuka atau secara maya.

Penilaian dan pentaksiran secara umumnya dilaksanakan melalui ujian formatif dan ujian sumatif dimana murid akan menjawab dalam lembaran soalan.

Walau bagaimanapun, melalui penggunaan LMS, guru boleh menilai dan mentaksir murid berdasarkan kepada tugasan-tugasan yang disediakan bagi mengukur objektif pembelajaran mereka.

Tugasan-tugasan yang diberi memerlukan satu set arahan yang tersusun dan jelas bagi membolehkan murid memahami proses dan kehendak tugasan sebelum dilengkapkan.

Penilaian secara atas talian saling berkait dengan strategi metakognif seperti penilaian kendiri, pengurusan individu, fokus dan perancangan objektif.

Guru juga boleh mentadbir aktiviti ini dengan secara kontekstual yang melibat penggunaan situasi sebenar disekeliling murid dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

Proses penilaian dan pentaksiran dalam bentuk ini membolehkan guru menilai penguasaan kemahiran-kemahiran mata pelajaran dalambentuk yang pelbagai.

IKLAN

Ia juga menilai kemahiran abad 21 iaitu kemahiran berfikir kritis, komunikasi, kreativiti dan kolaborasi yang harus dikuasai oleh setiap murid untuk keperluan karier pada masa hadapan.

Pentadbiran bahan pembelajaran dan pengurusan mata pelajaran oleh guru memainkan peranan penting dalam sesi PdP.

Pentadbiran bahan pembelajaran ditafsirkan sebagai penyediaan bahan bantu mengajar bagi menyokong aktiviti pembelajaran manakala pengurusan mata pelajaran berkaitan dengan penglibatan murid, perekod dan kehadiran dan markah murid dalam kursus tersebut.

Platform berasaskan internet

Sebagai mana yang kita tahu, LMS adalah platform berasaskan internet yang disokong oleh pelbagai aplikasi pendidikan dan mempunyai storancloud.

Penggunaan aplikasi pendidikan membolehkan bahan pembelajaran murid diserahkan secara elektronik pada masa yang singkat dan membolehkan murid mengakses bahan dimana-mana.

Untuk tujuan penilaian dan pentaksiran, guru hanya mengakses pada storan untuk tujuan tersebut dan memberikan gred atau markah dalam halaman LMS.

Guru tidak perlu lagi melakukan proses perekodan markah atau kehadiran murid dalam buku rekod mengajar.

Perkara ini menunjukkan bahawa tugas pengkeranian oleh guru dapat dikurangkan. Ia memberi lebih banyak ruang dan masa kepada guru untuk fokus dalam meningkatkan mutu pedagogi dan penyediaan bahan pembelajaran yang berkualiti.

IKLAN

Kesimpulannya, LMS adalah sebuah platform pembelajaran digital yang harus diimplementasikan oleh setiap guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada era ini.

Platform yang direvolusikan sejak tahun 1995 dilihat mampu membantu guru-guru dalam melaksanakan sesi pdp yang berkesan dan bermaknauntuk murid-murid.

Kebaikan menggunakan LMS dalam sesi Pdp adalah mewujudkan komunikasi antara guru, murid dan bahan pembelajaran dengan lebih berkesan mengikut kepada gaya pembelajaran murid.

Perkara ini memerlukan kebijaksanaan guru dalam merancang sesi pembelajaran melalui platform ini.

Disamping itu, penilaian dan pentaksiran tidak lagi tertumpu kepada menjawab soalan sahaja, tetapi guru boleh menilai kematangan bertindak murid dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

Yang terakhir, platform yang menggunakan pelbagai aplikasi pendidikan dan bersifat cloud membolehkan guru mempunyai ruang dan masa untuk member tumpuan dalam meningkatkan mutu pedagogi dan bahan pembelajaran disamping mengurangkan kerja-kerja pengkeranian.

Ekplorasi LMS harus dijalankan lebih mendalam bagi mewujudkan sebuah persekitaran pembelajaran maya yang bermakna dan kontekstual dalam situasi semasa bagi membolehkan kemahiran abad ke 21 diterapkan dalam diri murid-murid.

Teknologi itu memudahkan bukan menyulitkan

*****Muhammad Sabiq Mohd Noor merupakan guru Sekolah Kebangsaan Senibong, Pasir Gudang, Johor

Artikel menarik

Ini yang perlu pelajar tahu tentang 7 adab terhadap guru

17 adab yang perlu guru-guru amalkan, ikuti perkongsian Dr Mohd Hasrul

 

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA