Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinIPT Malaysia mampu eksport produk pendidikan ke luar negara
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

IPT Malaysia mampu eksport produk pendidikan ke luar negara

CYBERJAYA – Institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan digalakkan untuk memperluas penawaran program ke luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, bagi tujuan itu, perkara asas yang perlu dipastikan ialah kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh IPT tempatan berada pada tahap yang sangat baik.

Menurut beliau, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan IPT tempatan agar mampu menawarkan program terkini, relevan dengan keperluan industri, bersifat global dan futuristik.

“Dengan pencapaian pendidikan tinggi yang baik, pastinya kita tidak mempunyai masalah untuk mengeksport program IPT tempatan seperti mana Malaysia menerima cawangan IPT luar negara antaranya University of Reading, University of Southampton dan Monash University di negara ini.

“Di bawah inisiatif MQA Global, diharapkan agar kita mampu mengeksport pendidikan tinggi tempatan ke luar negara melalui program francais di seluruh dunia,” katanya.

Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

IKLAN

Beliau berkata demikian ketika membuat pembentangan pada Webinar Pendidikan Transnasional: Langkah ke Hadapan untuk Malaysia anjuran UTMSPACE, baru-baru ini.

Selain Mohammad Shatar, panelis lain ialah Pro Naib Canselor (ASEAN) & CEO (Malaysia), University of Southampton Malaysia, Prof Rebecca Taylor serta Presiden Tunku Abdul Rahman University College, Prof Ir Dr Lee Sze Wei.

Webinar itu dikendalikan oleh Pengarah i-gradurate Asia, Guy Perring sebagai moderator.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Sr Dr Hishamuddin Mohd Ali hadir menyampaikan ucapan alu-aluan, manakala Pengarah Urusan dan CEO UTMSPACE, Prof Dr Azlan Ab Rahman merasmikan majlis penutup sesi berkenaan.

IKLAN

Bagi mengantarabangsakan program IPT tempatan, Mohammad Shatar berkata, pihaknya sudah menggariskan lima perkara di bawah inisiatif MQA Global iaitu pertama membabitkan pengiktirafan bersama dengan badan akreditasi luar negara untuk menerima IPT Malaysia yang sudah diiktiraf MQA.

Kedua, kolaborasi dengan badan akreditasi global di negara yang mempunyai program pendidikan tinggi Malaysia bagi memastikan peluang pengajian disediakan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Ketiga, bagi memperkasa konsep pendidikan transnasional, kita akan memperkenalkan pendidikan fleksibel menerusi penawaran program micro-credential bukan hanya untuk pelajar tempatan tetapi juga untuk penuntut antarabangsa.

IKLAN

“Keempat, pertukaran ahli akademik dan pelajar serta kelima menjayakan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global,” ujarnya.

Tambah Mohammad Shatar lagi, dengan semua inisiatif itu, MQA optimis IPT tempatan dan pihak berkaitan pengajian tinggi tempatan mampu untuk mempromosikan, melaksanakan dan menyemarakkan lagi konsep pendidikan transnasional.

“Diharap dengan usaha ini, nama Malaysia dapat diharumkan di seluruh pelosok dunia seterusnya menjayakan sasaran KPT untuk menerima seramai 250,000 pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di negara ini.

“Kualiti pendidikan tinggi Malaysia juga akan bertambah baik dari semasa ke semasa dan pastinya penarafan IPT tempatan akan melonjak kerana jenama pendidikan tinggi negara sudah dikenali di peringkat global,” katanya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA