HomeBuletinIngin tukar pengalaman kerja dan belajar jadi kelayakan akademik? Ini cara-caranya!
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ingin tukar pengalaman kerja dan belajar jadi kelayakan akademik? Ini cara-caranya!

CYBERJAYA – Dalam usaha menyemarakkan lagi agenda pembelajaran sepanjang hayat, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meneruskan inisiatif Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) dengan penganugerahan kelayakan akademik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, APEL untuk Anugerah Kelayakan Akademik (APEL.Q) mengiktiraf pembelajaran individu melalui pengalaman sebelumnya.

Beliau berkata, pengalaman itu dikumpul daripada apa yang berlaku di tempat kerja dan bentuk pembelajaran lain iaitu formal, bukan formal serta pendidikan atau latihan pembangunan profesional berterusan yang tidak rasmi.

“Inisiatif MQA itu menjadi kaedah untuk memastikan kesaksamaan akses, pengiktirafan, peluang, kesetaraan serta amalan dalam kemajuan kerjaya warganegara Malaysia selain bertujuan untuk memperluas akses ke program pengajian melalui pemberian kelayakan akademik berdasarkan pengiktirafan pengalaman.

“Inisiatif ini juga mendorong lebih ramai individu yang banyak pengalaman kerja untuk memperoleh kelayakan akademik relevan melalui mekanisme penilaian berbeza tanpa perlu mengikuti kaedah pengajian konvensional.

IKLAN

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

“APEL.Q juga merupakan pengiktirafan kelayakan akademik kepada individu yang pengalamannya dinilai sebagai memenuhi hasil pembelajaran sesuatu program berakreditasi penuh ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai inisiatif MQA dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada masyarakat seterusnya memperkasa usaha mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat.

IKLAN

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, APEL.Q yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat itu memerlukan pemohon untuk memenuhi minimum tahun bekerja sebagai pengalaman pada tahap sesuai dalam bidang yang relevan.

Ujarnya lagi, bagi peringkat sijil, ia memerlukan pemohon yang mempunyai lima tahun pengalaman, diploma (10 tahun), diploma lanjutan (12 tahun), ijazah sarjana (20 tahun) dan ijazah kedoktoran (25 tahun).

Gambar hiasan daripada Pexels.

IKLAN

Menurut beliau, banyak kelebihan mengikuti APEL.Q seperti menggalakkan individu bekerja untuk memperoleh kelayakan yang lebih tinggi, mengelakkan pembelajaran yang berulang dan mengurangkan kos pengajian.

“APEL.Q menjadikan sistem pendidikan tinggi kita lebih fleksibel dan setanding negara maju yang rata-ratanya telah mengiktiraf pembelajaran terdahulu.

“Selain menjadi satu daripada kaedah untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat, APEL.Q juga akan melahirkan masyarakat berilmu yang menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran.

“Semua itu akan memberi kesan kepada ekonomi dan pembangunan sosial masyarakat seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi,” tuturnya.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA