HomeBuletinElaun latihan industri RM900, MPPK mohon sektor swasta ikut jejak langkah kerajaan
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Elaun latihan industri RM900, MPPK mohon sektor swasta ikut jejak langkah kerajaan

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyeru kepada semua sektor swasta yang menyediakan latihan industri kepada pelajar untuk turut sama mengikuti langkah kerajaan dalam melaksanakan pemberian elaun sebanyak RM900 sebulan bagi pelajar yang menjalani latihan industri.

Menurut Presiden MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, sepanjang menjalani latihan, pelajar melakukan tugas sama seperti kakitangan lain, termasuk mengeluarkan kos perjalanan, makan minum dan ada antara mereka terpaksa menyewa rumah.

“Jadi, khidmat mereka perlu diiktiraf dan bayaran elaun RM900 sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pelajar.

IKLAN

“Pemberian elaun dengan jumlah tersebut adalah munasabah selepas mengambil kira keperluan pelajar untuk menjalani latihan industri sebagai syarat bergraduan serta mengurangkan kos sara hidup pelajar sepanjang tempoh berkenaan.

“Pelaksanaan pemberian elaun sebanyak RM900 sebulan ini juga adalah selaras dengan harapan MPPK untuk Bajet 2022 sebelum ini iaitu memperkasa elaun latihan industri,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

IKLAN

Presiden MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri.

Dalam pada itu, MPPK turut memberi sokongan penuh dan menghargai usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kerana terus melaksanakan pemberian elaun sebanyak RM900 sebulan kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor awam.

IKLAN

“MPPK ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya KPT dan Kementerian Kewangan kerana telah mendengar dan mengambil kira cadangan daripada kami terutamanya dalam hal berkenaan pemberian elaun latihan industri ini.

“MPPK akan terus cakna dalam memastikan suara mahasiswa didengari dan diambil kira dalam segala pelaksanaan dasar serta polisi oleh pihak kerajaan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA