Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletin‘Discover Education Malaysia’, hubungkan IPT dengan bakal pelajar tempatan dan luar negara
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

‘Discover Education Malaysia’, hubungkan IPT dengan bakal pelajar tempatan dan luar negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Education Malaysia Global Services (EMGS) telah mengadakan majlis pelancaran portal terbaharu mereka, ‘Discover Education Malaysia’ yang disempurnakan oleh Menteri KPT, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Ketua Pegawai Eksekutif EMGS, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, inisiatif ini dibuat bagi menghubungkan IPT dengan bakal pelajar tempatan dan luar negara serta ibu bapa mereka dalam mendapatkan maklumat terkini untuk menyambung pengajian di Malaysia.

Radzlan turut berharap platform terbaharu ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar tempatan dan juga antarabangsa.

IKLAN

BACA JUGA: Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya johan pertandingan reka cipta busana
BACA JUGA: IPT Malaysia mampu eksport produk pendidikan ke luar negara

“EMGS sebagai sebuah agensi yang berperanan untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab pilihan pendidikan antarabangsa, berharap platform ini dapat memanfaatkan dan menghubungkan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan pelajar tempatan dan antarabangsa serta ibu bapa pelajar dari seluruh dunia.

IKLAN

“Kini, portal ini telah dilawati oleh lebih 121 negara dari seluruh dunia, dengan lebih 120,000 bilangan pelawat melayari portal yang terus meningkat setiap hari,” tambahnya.

IKUTI GPSBestari di twitter dan instagram

IKLAN

Difahamkan, ‘Discover Education Malaysia’ merupakan sebuah portal informasi ‘one-stop’ mengenai institusi pengajian tinggi di Malaysia sejajar dengan jenama ‘Study in Malaysia’ dan merupakan merupakan platform tambahan kepada laman sesawang sedia ada ‘Education Malaysia’.

Menurut EMGS, portal yang dilancarkan ini akan mempunyai maklumat lengkap daripada semua kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Bahagian Pendidikan Swasta (BPS).

Artikel Berkaitan

MESTI BACA