Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinBerita gembira buat guru, keputusan eGTukar bakal diumumkan tidak lama lagi
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Berita gembira buat guru, keputusan eGTukar bakal diumumkan tidak lama lagi

Menjelang penghujung penggal persekolahan ini, ramai guru yang ingin tahu tentang tarikh keputusan pertukaran guru melalui sistem eGTukar yang sering diajukan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagi guru yang memohon pertukaran tersebut, keputusan boleh disemak 6 Disember ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi laman Instagram berdurasi 43 saat, hari ini.

IKLAN

eGTukar diwujudkan bagi guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan.

IKLAN

Guru-guru boleh membuat persiapan awal sekiranya keputusan pertukaran diterima.
Keputusan pertukaran guru boleh disemak melalui e-Gtukar di pautan https://epgo.moe.gov.my

IKLAN

Terdahulu, e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah Pengurusan Guru.

Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA