Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinAzizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT

KUALA NERUS – Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Azizulhasni berkata, beliau sangat berbesar hati dengan tawaran menyambung pengajian di universiti itu bagi tempoh tiga tahun pada bila-bila masa, kerana sedar kepentingan akademik untuk masa depannya setelah tidak lagi aktif dalam bidang sukan.

“Tawaran untuk sambung belajar memang banyak, namun saya pilih UMT kerana universiti ini terletak di negeri kelahiran saya, ia lebih istimewa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor UMT Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar di sini, baru-baru ini.


Naib Canselor UMT, Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar (kanan) menyerahkan watikah perlantikan sebagai Karyawan Tamu UMT kepada pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.- Foto BERNAMA

Pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo itu bagaimanapun berkata buat masa ini fokusnya adalah pada kerjaya dan akan menyambung pengajian apabila telah bersedia.

IKLAN

“Buat masa sekarang saya perlu fokus pada karier. Saya akan sambung belajar apabila telah bersedia kerana tawaran biasiswa UMT ini tiada tarikh luput…mungkin bila anak-anak dah besar sambung belajar ke sekolah atau universiti nanti, saya mulakan pengajian PhD.

“UMT juga tawarkan peluang untuk saya jadi tenaga pengajar di universiti ini selepas bersara sebagai atlet demi kecemerlangan sains sukan..Insya-ALLAH saya akan fikirkan, kerana sekarang pun saya minat juga mencurahkan ilmu berkaitan keirin kepada junior serta orang ramai melalui YouTube,” katanya.

Ketika ini, Azizulhasni sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains sukan di Universiti Victoria, Melbourne.

IKLAN

Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD selama tiga tahun di universiti itu. – Foto BERNAMA

Sementara itu, Mazlan berkata Azizulhasni juga akan menerima Anugerah Sarjana Kehormat pada Istiadat Konvokesyen UMT kali ke-19 yang dijangka berlangsung November depan.

IKLAN

“Beliau telah dilantik sebagai Karyawan Tamu Utama UMT sejak November tahun lepas. Tiga penghargaan ini adalah pengiktirafan UMT terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada negara selama ini.

“Banyak lagi tawaran lain UMT akan menyusul sekiranya beliau pulang ke Terengganu, ibarat sirih pulang ke gagang untuk berkhidmat kepada negeri dan negara sebagai kakitangan tenaga akademik UMT setelah ada PhD nanti,” katanya.

Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ merangkul pingat perak di peringkat akhir acara keirin lelaki di Veldorum Izu, di Shizuoka, Tokyo, pada 8 Ogos lepas.

Pencapaian itu juga membolehkan Azizulhasni turut menerima insentif bernilai RM350,000 daripada Kerajaan Negeri Terengganu iaitu sebuah rumah teres setingkat bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

MESTI BACA