Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinAlumni mampu tingkat kualiti IPT
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Alumni mampu tingkat kualiti IPT

CYBERJAYA – Bantuan alumni sebagai satu daripada pemegang taruh amat diperlukan bagi meningkatkan kualiti sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, banyak IPT luar negara seperti Harvard University, Cornell University dan University of Cambridge yang kualitinya sudah tidak perlu diperbahaskan lagi menyerapkan alumni dalam barisan pentadbiran.

Katanya, sumbangan alumni dengan pelbagai latar belakang amat penting demi mendapatkan sokongan dan bantuan bagi meningkatkan kualiti IPT, justeru kaedah sama boleh diaplikasi atau diperkukuhkan di negara ini.

“Tiada salahnya mengambil alumni sebagai sumber untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan dengan menggunakan pelbagai platform serta menerusi peraturan atau undang-undang yang dibenarkan.

IKLAN

“Selain kualiti pendidikan, jaringan alumni yang kukuh juga mampu memberi bantuan kewangan, meningkatkan kebolehpasaran graduan dan seterusnya menarik minat generasi baharu untuk mengikuti pengajian di IPT berkenaan,” ujar beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

IKLAN

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan alumni dan golongan muda sebagai sebahagian daripada pentadbiran IPT.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad dilaporkan berkata, pelantikan alumni bersesuaian dengan kepercayaan kerajaan kepada golongan muda berdasarkan penglibatan dengan universiti.

IKLAN

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, banyak IPT di luar negara yang menjadikan alumni sebagai sebahagian anggota pentadbiran IPT seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK).

Jelasnya, pelajar juga diberikan kepercayaan menerusi majlis perwakilan pelajar (MPP) atau kesatuan pelajar yang terbabit dalam menyumbang idea dan pandangan untuk dipertimbangkan pengurusan IPT dalam membuat keputusan.

“Jadi, budaya ini perlu disuburkan di Malaysia supaya kualiti pendidikan di peringkat pengajian tinggi dapat dipertingkatkan pada masa akan datang,” tuturnya lagi.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA