Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletinAhli akademik Malaysia terima anugerah kehormat daripada Presiden Uzbekistan
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ahli akademik Malaysia terima anugerah kehormat daripada Presiden Uzbekistan

BANGI – Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev menandatangani dekri untuk Anugerah Kehormat sempena ‘30 Tahun Kemerdekaan Uzbekistan’ yang bakal diterima ahli akademik Malaysia atas sumbangannya dalam memperkukuh hubungan Uzbekistan-Malaysia.

Penerima ialah Pengarah Institut Islam Hadhari (HADHARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fariza Md Sham.

UKM dalam satu kenyataan memaklumkan penghargaan itu disampaikan Duta Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov pada Selasa (5 Okt), di hadapan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, Prof Dr Mohammad Kassim.

IKLAN

Fariza, anak kelahiran Temerloh, Pahang, seorang ahli akademik cemerlang yang telah menerima banyak penghargaan sepanjang kariernya.

Beliau turut menghargai peluang yang diberikan dan usaha universiti menyediakan platform seperti HADHARI yang membolehkannya bekerjasama dengan Uzbekistan.

IKLAN

Dalam kenyataan itu, Usmanov berkata Fariza telah memainkan peranan memperkukuh hubungan Uzbekistan-Malaysia dalam bidang pendidikan dan budaya dengan memperluas kerjasama antara institusi penyelidikan kedua-dua negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerjasama berterusan antara HADHARI, Pusat Peradaban Islam Uzbekistan dan Pusat Penyelidikan Ilmiah Antarabangsa Imam Bukhari.

IKLAN

“Bersama UKM dan HADHARI, kami akan terus memperkukuh kerjasama kami untuk mendapatkan pemahaman lebih baik mengenai warisan peradaban Islam,” katanya.

Anugerah itu bertujuan memperlihatkan perkembangan usaha sama pembangunan Uzbekistan dalam memastikan keamanan dan kestabilan, keharmonian dan toleransi antara etnik, pendidikan generasi muda serta meningkatkan kerjasama antarabangsa. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

MESTI BACA