Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletin70% cadang sekolah bersemuka hanya pada tahun 2022!
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

70% cadang sekolah bersemuka hanya pada tahun 2022!

Kaji selidik yang dilakukan GPSBestari pada 12 Ogos sehingga 15 Ogos lalu mendapati lebih 90% ibu bapa tidak bersetuju pembukaan semula sekolah dilakukan semasa keadaan negara yang sedang bergelut dengan pandemik Covid-19 ketika ini.

Rata-rata daripada mereka menzahirkan rasa risau jika sekolah dibuka akan meningkatkan lagi penularan wabak ini apatah lagi dengan kemunculan varian Delta yang lebih ganas.

“Saya amat risau dengan perkembangan jumlah kes Covid-19 yang terkini dan ditambah pula dengan kemunculan varian baru Delta.”

“Varian Delta yang mudah tersebar, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada tidak menjaminkan keselamatan murid-murid kerana mereka tidak divaksinkan. Guru yang divaksin juga tidak menjaminkan yang mereka bahawa mereka tidak menyebarkan virus.”

“Walaupun saya seorang pemandu bas sekolah yang telah hilang punca pendapatan kerana penutupan sekolah, namun saya merasakan adalah wajar sekolah tidak dibuka kerana kes covid 19 yang sangat tinggi lebih-lebih lagi dengan kemunculan varian Delta yang amat mudah merebak serta jumlah kematian yang sangat tinggi.”

Baca juga: Pendidikan tadika penting untuk anak seawal usia

Rata-rata warga sekolah juga mahukan imuniti kelompok dicapai serta kes jangkitan harian berada di bawah paras 1000 orang sebelum pembukaan semula sekolah dilaksanakan.

IKLAN

Dalam tinjauan yang sama juga, didapati lebih 70% responden turut merayu agar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat membuat penangguhan pembukaan sekolah sehingga awal tahun 2022.

Kebanyakan mereka meminta supaya pengukuhan PdPR dapat diperkemaskan lagi agar para murid dapat mengikuti mod pembelajaran tersebut dengan lebih efektif.

“Untuk masa ini, saya memohon agar sekolah ditutup dan PdPR terus dilaksanakan di rumah seperti kebiasaan. Jika anak-anak dibenarkan ke sekolah, peratusan untuk dijangkiti adalah sangat tinggi memandangkan pelajar-pelajar ini tidak divaksin manakala guru-guru dan warga kerja sekolah pula masih ada yang tidak menerima vaksin mereka lagi. Terima kasih”

IKLAN

“Saya mohon KPM untuk menunggu dulu sehingga Covid-19 reda, dan pertingkatkan kemudahan kesihatan yang tersedia… jangan buat keputusan tergesa gesa yang akhirnya mengorbankan banyak nyawa…”

Baca Juga: “Jangan malukan anak-anak,” – antara 7 tip komunikasi Dr Norzila kongsi untuk ibu bapa

“Lakukan kajian penambahbaikkan PdPR… KPM patut mengumpul dan dapatkan pandangan pakar-pakar pendidikan dalam negara.”

Ada juga yang meminta agar usaha penaik tarafan liputan internet dapat dipertingkatkan lagi bagi kawasan-kawasan luar bandar agar pelajar boleh mengikuti PdPR dengan sempurna.

IKLAN

“Naik taraf kemudahan kawasan liputan internet supaya setanding dengan kawasan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.”

“Kerajaan patut bertindak pantas dan mengikuti perkembangan dunia teknologi. Internet di Malaysia perlu stabil di seluruh negara. Bukan hanya tertumpu di bandar semata-mata. Menteri berkenaan ambil cakna. Bukan diketuk diviral baru nampak timbul di media massa.”

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Bagaimanapun, semalam, KPM mengumumkan lanjutan tarikh pembukaan semula sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ialah pada 3 Oktober manakala pembukaan semula sekolah bagi negeri-negeri di Fasa Satu adalah tidak dibenarkan.

Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

“Ini adalah berdasarkan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN)… jadi, kita tidak boleh menyatakan 1 September akan buka semua (sekolah). Keselamatan murid adalah keutamaan kerajaan.

“Sasaran dan hasrat kita pada 1 September (untuk pembukaan sekolah) namun tertakluk kepada penilaian risiko yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) dan MKN dengan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan,” Ujar beliau menerusi satu hantaran video di laman Facebook rasminya pada Ahad malam.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA