Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletin300,000 murid hadir minggu pertama pembukaan sekolah
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

300,000 murid hadir minggu pertama pembukaan sekolah

SHAH ALAM – Minggu pertama pembukaan sekolah yang bermula pada 3 Oktober lalu di negeri yang berada di Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mencatatkan kira-kira 300,000 kehadiran murid.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, bagaimanapun jumlah tersebut tidak termasuk Kedah dan Johor yang hanya bermula pada 10 Oktober 2021 mengikut ketetapan negeri yang terlibat dengan peralihan fasa PPN.

“Alhamdulillah, sehingga kini pengoperasian sekolah secara bersemuka dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau.

IKLAN

Mohd Radzi turut melahirkan penghargaan khususnya kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama, serta guru yang telah bertungkus lumus membuat persiapan.

IKLAN

“Semoga usaha untuk merapatkan kembali anak-anak dengan sistem persekolahan secara bersemuka ini dipermudahkan dan sesi dapat terus berlangsung dengan teratur dan selamat,” ujarnya.

IKLAN

Mohd Radzi turut memaklumkan bahawa beliau telah menghadiri Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada petang Selasa bagi memaklumkan mengenai status pembukaan sekolah.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA